Home Ma Personalita Felt Craft JM My Video

Life has a lot of flavor. Sweet like candy, bitter like coffee, sour as vinager and nice like you ;) #Farah Here

Saturday, February 15, 2014

Memory 13 February. Farah Kena Prank!

How r you guys? 
Sejak akhir akhir ni ramai yg batuk batuk dan selesema kan? demam pun tak kurang hebatnya.

hmm. anyway, Farah doakan semoga korang cepat sembuhlah. especially, yg ada exam besar this year C=

MEMORY THIRTEEN FEBRUARY 2014

di dalam tarikh tu terdapat sebuah kenangan yg saangat indah dalam hidup Farah. tahukah apa dia?

okay. Bismillahirrahmanirrahim.

13_Februari_2014

Farah nak cerita dari A to Z. hope korang takkan bosan. klu bosan jugak, tak susah. faham sendiri lah :3\

Part 1

Di subuh yg hening, dengan angin yg sepoi-sepoi Farah bangun dari katil, mencapai tuala mandi dan mengambil baldi dan semua peralatan mandi. (biasalah. mcm nilah kehidupan di hostel XD)
Farah pun berjalan lambat menuju ke bilik mandi . kenapa lambat? sebab masih mengantuk. mata pun cuma separuh terbuka. haha

seperti biasa, selesai mandi dan menyarung pakaian sekolah yg ditetapkan pada hari Khamis, Farah pun bersiap siap untuk pergi solat subuh di masjid. sebelum itu, Farah pegi menjemur pakaian.

selepas solat subuh dn semua aktiviti di masjid, Farah mengajak teman teman rapat Farah untuk pegi ke kantin sebelum masuk kelas. tujuan Farah adalah untuk membeli air mineral sebab sehari Farah sangat memerlukan beberapa botol air mineral. batuk dan sakit tekak punya pasallah.

tidak lama kemudian, kami pun naik ke kelas. Bila Farah melangkah sekali ke dalam kelas, tiba tiba suara kawan kawan batch 97 bergema di telinga. riuh. bising. tpi kali ne taklah membingitkan telinga malah membuat Farah terharu sangat!

"Allah selamatkan kamu! Allah selamatkan kamu! Allah selamatkan Nur Farah Ain! Allah                                                        selamatkan kamu!" 

kemudian diorang semua beramai ramai bersalaman dengan Farah. Farah dikerumun dgn ramai orang. bayangkan macam mana. haha. best sangat sangat best.

Part 2

kelas dah pun habis. tiba masanya untuk pelajar makan di dewan mkn. selesai makan, Farah dan kawan Farah, Iffah pegi ke tandas sebelum ke kantin. Kawan Farah yg sorang, Lia. dia kata akan tunggu depan bilik guru. yg sorang lgi, Tini tiba tiba menghilang. mungkin dah masuk kelas. yg lainnya pula masuk bilik guru.

Lepas tu, bila nak pegi kantin, Lia dah tiada. diorang kata dia dah pegi kantin. "Okay" tpi bila dah sampai di kantin, dia tiada pun di sana. "Oh, maybe dah pegi kelas." Farah pun beli sebotol air mineral sbb yg tadi dah habis. trust me now?haha

 then, kami pun naik ke kelas untuk buat homework. tpi, Farah curiga. kawan Farah, Tinie BERKELAKUAN PELIK! kononnya dia mengadu dgn Farah tpi senyum senyum?? ek eleh. apahal ni? tpi, think possitive kan. so, layan ja lah. tiba tiba pula doirang yg lain suruh Farah cepat masuk kelas sebab lepas tu kami akan pegi library. 

tpi bila Farah dah nak masuk kelas, kawan Farah Jiyyah pula tiba tiba tutup semua pintu. HAAA!! dah agak dah!! masa tulah Farah terus jalan sebab dah tau plan diorang akan PRANK Farah!! tpi sebab batuk juga lah, Farah berpusing dan BOOOOMMMM!!! "Haaaappyyy Birthdaayyy!!" grr. 

kuang asammmm!! Farah bermandikan bedak!! tudung hitam bertompok putih. baju mandi bedak. kasut hitam jadi putih. muka pun free free pakai bedak. yg malangnya, Farah TERTELAN BEDAK semasa mahu batuk. haaaaa, masa tu dada Farah sakit sangat. Farah batuk sepuas puasnya. haishh!! 

Farah memang geram dgn diorng. air mata mengalir membasahi pipi dan bedak yg tidak rata. haha. ada jgk yg kata kesian. huh. who care? Farah ambil botol bedak tu dan Farah kenakan diorang balik. hah! puas hati Farah. semua kena. SERI. The End. lantai kelas pun jadi licin sebab bedak. tak lama lepas tu, diorng nyanyi lagu happy birthday dan kami buat video clip menggunakan laptop. 

Part 3

waktu untuk solat Asar. dari jauh sorang kawan lelaki yg comel gebu, Fikri panggil nama Farah. dlm hati agak terkejut jgk sbb dia tak pernah tegur Farah. Then, dia cakap "fuiyoo! birthday girl wooo" hehehe. senyum lebar lah jawabnya. di masjid pula ramai yg wish. ada pula batch form 1 yg nyanyikan happy birthday. awwww! yg penting, Farah dah mcm artis pula hari tu. weeeeee.. best best gila gila best. tulah kenangan paling indah birthday di sekolah. I believe, sampai bila pun Farah akan ingat peristiwa ni. Sure. 

Alhamdulillah.. Ya Allah, sempena hari ulang tahunku yg ke 17 ni, aku memanjatkan doa kesyukuran kepadamu. aku mohon engkau panjangkanlah umurku. berkatilah hidupku. dan engkau kurniakanlah hidayahmu kepadaku serta berilah aku syafaat. sesungguhnya, engkau maha kaya lgi maha pemurah. amin..

korang? dah habis baca? alhamdulillah. dlm pengetahuan Farah, SPM akan bermula pada 03 November nanti. doakan kejayaan Farah k? thanks korang :') maaf klu ada salah dn silap ^_^

1 orang VIP ✿:

Anna Lee said...

Wuu~ beshh nyaa! haha.

Sini tutorial macam 'This is me' tu.
http://funnyvelove.blogspot.com/2014/06/gambar-animated.html

Post a Comment